Assalamualaikum!
Aktiviti yang boleh dikatakan kena wajibkan sebelum tidur >> UPDATE BLOG!
Sebabnya nak grab ranking SEO kononnya.. Lepastu blog ni umpama kedai kita. Kalau sentiasa update, senang customers nak refer =)
Ok utk entry kali ni, I nak cerita ttg pengalaman berniaga.. Oh nak cakap psl berniaga.. Mcm2 rasanya dah buat. Kahkahkah
Mula awal2 first year business tudung bawal dgn partner.. Gitu partnership katanya hihi. Pergi bilik ke bilik jual, masa tu jual dkt kawan batch je..
Alhamdulillah ada jugak yang berkenan.. Thanks beli walaupun bawal plain =) Masa tu rasa best sangat sbb apa kita jual, laku.. Rasa mcm, happy dpt tolong orang..
Lepastu I teruskan dgn business mcm barang cute2. Ada page tau dkt FB.. Tak hingat dah nama apa.. Sebab partner masa tu (Farha) jual VCO kot..
Pastu senyap. Sebab busy dgn law school.. Makin banyak kerja..
Selalu fikir tiap kali naik sem je, ape yang aku nak business ni ek. Mesti fikir mcm tu. Rasa mcm new sem ni kira turn over a new leaf la. :B
Then business topap + tudung.. Ingat lagi Izati Md Johan teman belikan tudung dkt Dataran Pahlawan.. Masa tu beli tudung dlm berapa je..
Alhamdulillah habis jugak.. Dekat maklong dan kejiranannya.. Muahahaha
Oh ye.. Ada business kerongsang. Yang cute mute tu.. Best la business! Masa tu ada jugak dalam 100 pcs ke eh..
Ada balance dlm berapa pcs.. Dalam business ni turun naik tu mmg biasa.. Tapi kena kental la. Masa ni buat semua sendiri..
Masa business shawls daripada Indonesia, import katanya.. LOL
Best sangat sbb mmg dapat sambutan.. Dekat instagram terutamanya.. Shawl pulak chiffon bercorak.. Serius cantik.
Masa tu rasa happy sangat packing shawls.. Paling suka bila tulis consignment notes.. Pehhhh dia punya heaven!
Rasa mcm ape eh.. Suka tgk org business dah maju ni, bertimbun2 boleh consignment note dorang..
Selalu terbayang one day nanti MESTI aku macam tu jugak.. I jenis tak tetap dgn satu.. Semua orang buat rasa nak ikut buat.. Tapi best. Kihkih
Masa tu taktau lagi power of focus.. Main redah je buat sendiri..
Kawan-kawan lain tak ramai yang minat business, but they do support me la ;)
Cumanya nak kongsi passion tu mcm takde sangat.. I eksaited sorang2 je. Lol
Lepastu....... rasanya sampai sini dulu. Entry akan jadi panjang kalau nak sambung.
Tapi lepasni nak sambung part 2 nak bagitau business bodyscrub.. Dropship & mcm2 lagi..
SAMPAI LA JUMPA SHAKLEE..
Ni dah part fall in love dah ni.. =)
Pengalaman pengalaman mcm ni sebenarnya patut direkodkan dekat mana-mana.. At least you tau yang zaman you study you did something..
Ada orang join Palapes ke, ada yang join seminar, ada yang handle lots of paper works.. Ada yang join debat.. Passion kita lain-lain..
Tapi embrace la =)
Mana tahu one day kalau I master dlm Shaklee.. I boleh tengok balik what I did before.. Hehehehe
Yang penting.. Banyak pengalaman, BANYAK sangat belajar =)
Till the next entry! X
Pewwitt hehehe
ReplyDelete