Saturday, September 28, 2013

Bagus sangat ke Vitamin E Shaklee?

Salam.

Harini rasa macam nak buat quick entry pulak sebelum tidur. I kena rajin sharing kebaikan Shaklee ni. Cuba bayangkan the whole world macam, eh you consume Shaklee jugak? I pun sama! Yeaay!

Sep tangan.

Hehe.

Ok, bagus sangat ke Vit E Shaklee ni? Kenapa kalau set kulit je mesti distributor suggest Vit E? Haa meh kita godeh godeh tentang Vit E :D


Vit E


Tahukah anda Vitamin E bekerja secara sinergi dengan Selenium yang juga dikategorikan sebagai antioksidan. Vitamin E dan 10mcg Selenium. Pengambilan hanya sebiji sehari sahaja, cukup untuk melengkapkan keperluan vitamin E dan selenium di dalam tubuh badan.



KEPENTINGAN VITAMIN E


  • Memandangkan ianya adalah sumber antioksidan, maka ia boleh melindungi kita dari kanser, penyakit jantung, strok, katarak dan juga penuaan kulit.
  • Vitamin E adalah pengawal kepada dinding arteri. Ia menjaga kolesterol jahat "Bad Density Lipoprotein (LDL) daripada teroksida. Sebab jika LDL ni teroksida, akan sebabkan aarteri tersumbat. Keadaan inilah kita nak elak sebab boleh sebabkan serangan jantung.
  • Vitamin E menjaga sel dan DNA daripada rosak yang mana kerosakan ini boleh mengundang kepada kanser. 
  • Vitamin E sangat berguna jika disapu pada tempat melecur atau terluka, ia akan cepat pulih.
  • Vitamin E boleh mengurangkan dan mengawal simptom menopause.

KHASIAT VIT E SHAKLEE

  • Mencantikan kulit dan menaikkan seri wajah
  • Kulit semakin halus, gebu dan licin
  • Mengurangkan jeragat, parut & jerawat
  • Mengandungi antioksidan yang tinggi dan bertindak untuk awet muda
  • Mengekalkan kesihatan saraf dan otot
  • Meningkatkan kesuburan
  • Menyelesaikan masalah kelesuan
  • Meningkatkan keinginan seksual suami isteri (Vitamin Cinta)
  • Meningkatkan orgasma yang lebih kerap dan semangat
  • Merendahkan kadar kolesterol.
  • Membantu mencegah kanser.
  • Merendahkan risiko katarak.
  • Membantu kawasan gelap areola  itu mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
  • Parut strecth mark menjadi semakin pudar.

Haa teruja tak? Ok kejap, kenapa saya suggest Vit E daripada Shaklee? Apa yang bagus sangat dekat Vit E Shaklee ni?

Flip shawl.

Ok kita tengok satu satu...............................



  • Cuba tengok pada botolnya tertulis d-alpha tocopherol - tanda "d" bermakna ianya semulajadi, tanda "dl" adalah tanda ianya vitamin e sintetik/buatan. Kenapa perlu semulajadi? Kerana kadar penyerapannya adalah lebih baik sekurangnya 2 kali ganda berbanding vitamin E buatan. Dengan itu ianya lebih jimat dari segi kos jika kita membeli vitamin E semulajadi.
  • Vitamin E Complex mengandungi vitamin E (d-alfa tokoferol) asli dari minyak sayuran. Ia juga mengandungi selenium yang melengkapi fungsi vitamin E. 
  • Setiap kapsul gel lembut memberikan 400IU vitamin E semulajadi dan 10mcg selenium. Membantu dalam memelihara kesihatan baik.
  • Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.
  • Sekarang vitamin E telah diperbaharui dengan tambahan GRAPE SEED EXTRACT , 20 kali lebih berkuasa dari vitamin E dan 50 kali lebih berkuasa dari vitamin C.

Teruja tak kawan-kawan sekalian? Boleh dapatkan Vit E dengan harga yang awesome daripada saya. Caranya bagaimana?

Senang.

Terus PM saya di page! Banyak lagi kelebihan yang boleh diperolehi dengan Vit E kalau gabung dengan Vit lain, tapi for now saya kongsi tentang Vit E dulu ya. 

Toodles! x

Sumber : klik sini


Wednesday, September 25, 2013

GLA SHAKLEE

Salam semua,

Ok disebabkan semalam ada customer whatsapp tanya tentang GLA Shaklee, jadi harini saya nak berkongsi tentang GLA daripada Shaklee.


GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.

Kebiasaannya, GLA Shaklee ini digunakan oleh orang yang ingin membetulkan kembali kitaran haid, simptom PMS dan perkara berkaitan. GLA boleh diambil oleh lelaki dan perempuan kerana selain dapat membantu masalah-masalah yang saya sebutkan di atas, GLA Shaklee juga membantu membaiki masalah prostat lelaki, masalah kencing manis dan darah tinggi.

GLA Shaklee ini sangat sangat disarankan utk org yg mempunyai masalah jerawat, mereka yang mempunyai masalah menstrual dan sebagainya.

JOM kita tengok beberapa manfaat utama GLA. Antaranya ialah :-

. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.
· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol.
· Bagus untuk saraf. 

Berminat untuk mendapatkan harga promosi dan jadual makan secara percuma? 


Sihat bersama Shaklee,

Shaklee Independent Distributor
ID 1034671

Sumber : Klik Sini

Thursday, September 19, 2013

Shaklee? Betul ke boleh dipercayai ni?

Assalamualaikum.

Ok harini masih lagi tentang Shaklee. Kejap, betul ke Shaklee ni boleh dipercayai? Serious ke? Ke dia sama je macam Multi-Level Marketing lain? Errrr. Pheww, berpeluh peluh I nak cerita ni. Kehkehkeh.

Ok first sekali, Shaklee ni ditubuhkan oleh Dr Forest C Shaklee. Shaklee ni dah lebih 50 years di pasaran iaitu sejak 1956. Semua produk-produk Shaklee ni bebas daripada bahan sintetik. Semuanya natural, kalau dah natural, mesti safe jugak kan? OF COURSE ;)

Keduanya, ya. Shaklee adalah multi level marketing, MLM. Saya skeptikal dengan MLM. Saya dengar MLM je saya mcm ye ke ni..... Entah2 menipu. Wahaha kemudian saya masuk sebagai ahli, dan pandangan saya berubah sedikit demi sedikit. Dalam group Shaklee saya, kami tak guna istilah upline downline. Saya sendiri tak suka istilah upline downline, maybe sebab skeptikal saya menebal kot. Hehe. Kami guna istilah mak-anak. Saya ada mak shaklee saya, saya ada nenek shaklee saya, dan bila sebut MAK-ANAK, apa maksud dia kawan-kawan?

Yes, we are family. Family takkan biarkan family dia left out tanpa tahu apa-apa kan? :) So yes, saya banyak belajar la. Nak2 pulak Shaklee ni mengamalkan sistem, tak usaha, tak dapat. Ko lembap gila bertindak, takde la bonus ko. Wahahaha. Macam sedih jugak kan, tapi thats life. Usaha, baru dapat. Tak usaha, senang2 je nak amik duit orang? Haaa.

Ok la, tetiba banyak pulak membebel kan. So saya nak beri sesuatu info tentang Shaklee ni.

SENTIASA SELAMAT

Keselamatan amat penting di SHAKLEE dan standard kami tiada bandingannya. Kami (SHAKLEE) menjalankan lebih daripada 350 ujian pada pada setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran berbahaya, dan kami menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setahun bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar.

SENTIASA BERKESAN

Kami bertanggungjawab dalam memberikan produk yang berkesan. ia terbukti berkesan daripada pemilihan bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan tulen sehinggalah bukti kajian sains dan makmal yang terdapat lebih daripada 100 bahan kajian penerbitan. Kajian yang dijalankan pada tahun 2007 menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen shaklee selama lebih daripada 20 tahun mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang mengambil suplemen lain ataupun mereka yang tidak mengambil suplemen langsung.

Bukan itu sahaja, malah bukti jelas yang lebih besar boleh dilihat daripada penjelajah bertaraf dunia, atlet yang telah diberi dengan suplemen SHAKLEE yang telah memenangi lebih daripada 100 medal emas, perak dan gangsa; dan juga berjuta-juta insan sama seperti anda yang telah hidup lebih sihat dan lebih produktif dengan kehadiran SHAKLEE.

SENTIASA MESRA ALAM

Selama lebih daripada 55 tahun kami telah menjadi peneraju dalam pergerakkan alam sekitar, daripada mencipta satu daripada pencuci biorosot pertama dalam tahun 1960 sehinggalah menjadi syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral TM bagi mengimbangi pengeluaran gas rumah hijau kami. kami( SHAKLEE) bertanggungjawab dalam mencipta produk yang benar-benar selamat untuk anda, rumah anda juga buni anda."


Petikan daripada SHAKLEE PRODUCT GUIDE 2013

Dan, sudah tentu laa Shaklee ni mendapatkan kelulusan daripada KKM. Ada haa dekat botol Omega Guard Shaklee & Alfalfa saya logo KKM. Siap blink blink gitu. Tak main la main tulis je tapi takde logo. Eh? Wakakaka.

Shaklee menyediakan pelbagai set kesihatan. Shaklee ni vitamin tau, so vitamin inshaAllah diperlukan oleh badan kan. Nak2 kalau kita jenis tak jaga diet (pemakanan) seharian, so vitamin (supplemen) amatlah diperlukan. Senang cerita, mcm kita makan Innershine semua tu. Shaklee ni macam tu jugak la, untuk sihat-sihat punya. Hehe.


SET SHAKLEE

Antara set-set yang boleh didapati di Shaklee adalah Set Kesihatan Optimum, Set Tambah Berat Badan, Set Turun Berat, Set Berpantang, Set Kesuburan dan BANYAAAK lagi. Ini ikut set je, kalau takmoh set pun boleh ikut kemampuan. Haa, set apa yang sesuai dengan awak? Itu kena la email saya myshaklee92@gmail.com kan. Boleh bincang kt email, boleh dapat harga berpatutan. Dijamin ok. Hihihi

Akhir kata, saya nak bagi satu gambar ni. Fahamkan ya! :)






Dapatkan jadual makan dan konsultasi secara percuma daripada saya. 


Pengedar Sah Shaklee,

Amy : ID 1034671





Monday, September 16, 2013

SHAKLEE : Tentang Pengenalan, Jatuh Cinta




Start fall in love dengan Shaklee masa March 2013 bila Kakti guna Shaklee untuk tenaga dia. I dont even know what Shaklee is all about, sampailah Kakti sendiri yang sarankan. Start daripada tu aku try google tentang Shaklee dan aku BERMINAT nak cuba slimming set Shaklee. Hamboi tak terus je nak guna slimming set Shaklee. Hehe. Apa ada dalam slimming set Shaklee? Ah yang itu nanti entry lain aku cerita. Kali ni aku nak cerita tentang kenapa aku boleh suka dengan Shaklee.

Firstly, aku suka dgn Shaklee sebab ianya pil. Kecuali yang Energized-Soy Protein. Haa yang itu serbuk, kena minum. Yang lain adalah pil yang mana memudahkan aku untuk makan. Sekali bukak mulut, ngaaap, telan dengan air yang banyak (sbb takut tercekik kate ko). Aku kan pemalas, malas nak bancuh, malas nak bergerak, semua benda malas. Jadi aku fikir, dah la makan tak seimbang, lepastu nutrient tak cukup, pemalas, tak teringin ke nak keluar daripada kepompong (ayat tak tahan) kemalasan? Kehkeh. So, I made my decision. Aku try Shaklee. And i love it, every bits.

Keduanya, bagi aku Shaklee adalah affordable. Hikss untuk org yg biasa-biasa mcm aku ni, aku mampu Shaklee jela. Ada vitamin Shaklee ni tahan sehingga 4 bulan tau. So kau bahagikan laa harga satu botol tu dengan 4 bulan, kau akan dpt berapa je dalam sebulan. Dan, ada juga ya vitamin Shaklee yang berharga BAWAH RM 50. Jangan kau cakap RM 50 untuk kesihatan itu mahal ya. Babap nanti. Kena pandai pilih vitamin apa yang kau nak, kau ada masalah apa semua.

Ok dulu secara cobaanya aku try slimming set. Berbulan2 nak habis sebab aku tak konsisten, (did I mention my laziness above?) Lepastu habis je final sem, masa dah nak cuti, aku start balik dengan konsisten. Alhamdulillah nampak la hasil dia. Lepastu aku try recognize apa yang badan aku ni nak sebenarnya? Apa yang aku perlukan?

Dah puas research & muhasabah kelemahan diri, aku bertekad nak ambil Omega Guard & Alfalfa. Ya, sekarang saya tgh consume Omega Guard & Alfalfa ;)

MEMBER SHAKLEE

Kan aku dah cakap aku consume since March 2013 kan? Lepastu aku buat keputusan untuk jadi member Shaklee, sebab apa? Sudah tentu la untuk mendapatkan harga ahli! Yeehuuu sebab aku decide aku akan guna Shaklee ni sampai entah bila, jd nak menunggu sampai entah bila tu, elok la aku jd ahli & sebarkan kebaikan Shaklee kepada org ramai,

I knowww, ramai je yg diluar sana nak jadi sihat & cergas & bertenaga, jangan risau, kita boleh ikhtiar dengan Shaklee. Jangan kau berani mengatakan Shaklee itu ternyata paling bagus ya, sebab ianya semua dtg dari Allah =) *a deep tazkirah. terasa tak?* ahaks

Okay jadi kt sini aku nak buat sedikit promosi. Sekiranya tuan tuan & puan puan diluar sana yang teringin sangat nak explaination yang lebih mendalam tentang Shaklee, boleh tanya aku. Jangan segan, anggap je aku ni adik/anak kalian kalian semua.

HOW TO CONTACT ME?




p/s : Kalau nak beli Shaklee direct from me pun boleh. Dah tentu lah korang akan dapat FREE GUIDE & CONSULTATION daripada saya okay. Tak main la dah beli kemudian aku abaikan korang. Byyase dia. Hahahaha

Okay itu sahaja setakat ni. Kalau ada masa, rajin, mood okay akan ku update blog ni. Sehingga bertemu kembali. 


Salam,

PENGEDAR SAH SHAKLEE
Amy 1034671 

=)