Wednesday, October 23, 2013

Shaklee : Collagen Shaklee

Salam & hello!

Lama tak update tentang Shaklee, takde masa since Raya Haji haritu. So quick update! Nak cerita pasal Collagen Shaklee & juga promosi dlm bulan Oktober ni. Apa? Promosi? Iyaaaa, promosi! Heehee.



Yes, promosi bulan ni adalah Collagen Powder Shaklee. Apa beza Collagen Shaklee dengan Collagen lain? Pernah tgk tak kulit baby yg halus mulus comel semua tu? Kenapa bila kita makin ke usia 20 an dan ke atas, kita ada masalah kulit, kulit cam kendur. Haa sebabnya, kita kekurangan collagen. Kolagen akan mula berkurangan bila kita menginjak 24 tahun.

So penting ke tak collagen ni? Penting hoccay! Siapa je yang nak muka dia kusam pastu orang teka teka umur macam near 30 padahal still 25 kebawah lagi? Hahahaha sedihnya! Bukan kita je, collagen ni pun LAYAK & SESUAI nak diberi pada mak-mak kita tu :)

Macam mak saya sangat memberatkan penjagaan kulit, sebab nak cantik bila dgn ayah. Hehe so dia memang nak sgt3 collagen ni. InshaAllah if ada rezeki, (amin) kita belikan mak. Kikiki

Ok jom tengok apa ada dalam Collagen Powder Shaklee ni.



Apakah keistimewaan Collagen Powder Shaklee ni?

Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.

Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja.
Bukan utk tujuan kecantikan kulit saja, Collagen Powder ni juga membantu untuk fungsi-fungsi lain:

Mencantik dan menyuburkan rambut -  Kandungan kolagen dalam lapisan korium merupakan bekalan nutrisi kepada epidermis dan rambut. Kekurangan kolagen menyebabkan rambut kering dan bercabang.

Mencantikkan kuku – Kurang kolagen boleh menyebabkan kuku kusam dan mudah patah.

Menegangkan payudara – Ini pasti disukai semua.. syhhhh!

Menguatkan tulang – Masalah osteoporosis dan kekejangan kaki adalah berpunca darpadai kehilangan kolagen yang membentuk 80% daripada jumlah kepadatan tulang sedangkan kehilangan kalsium, magnesium dan fosforus hanya 20%. Jadi kita perlukan kolagen untuk tulang yang sihat.






Selain dibuat minum, Collagen Shaklee ni boleh dijadikan masker jugak. Memang tiptop penggunaannya! Hewhew

Kejap, ada lagi fungsi kita nak ringkaskan. Credit to Blog Mama Faiz :-
Kolagen ikan: Memberikan kesan elastin, mengekalkan kulit lebih anjal
Ekstrak kulit kerangan: mengandungi glukosamina sbg pelincir sendi, menghidrat mata, & melegakan ketidakselesaan mata
Lactobacillus acidophilus: Meningkatkan penyerapan kolagen
Ekstrak biji Camellia Japonica: Mengandungi acid oleik dan isoflavon. Membekalkan nutrisi dan penghidratan
Ekstrak Pfaffia: Merawat rambut gugur, ketidakseimbangan hormon, dan meningkatkan tenaga batin. Meningkatkan prestasi dan tenaga,
Vitamin C: Menggalakkan pengeluaran kolagen dan menentang radikal bebas.
Vitamin B2,B6: membekalkan tenaga penting dalam proses pengeluaran kolagen didalam sel tubuh.
Pendek kata, ia pilihan tepat bagi saya kerana Shaklee Collagen POwder memberikan keanjalan, penghidratan dan antioksidan... 

Untuk Promosi bulan Oktober, beli 6 percuma 1. Kalau beli 6 ni, boleh share dengan sedara-mara, then you boleh ambil yang FREE 1 tu :) Boleh buat stok. 
Harga?

BOLEH PM SAYA!




Wednesday, October 9, 2013

Shaklee : Perkongsian tentang Nutriferon

Apa itu Nutriferon?




NutriFeron terbukti secara klinikal terdiri daripada gabungan ekstrak tumbuhan yang mengukuhkan sistem imun. NutriFeron menstimulasikan setiap sel di dalam badan kita untuk menghasilkan interferon aslinya sendiri.


Apakah interferon? Interferon ditemui oleh Dr. Yosuhiko Kojima pada tahun 1954, iaitu bahan semulajadi yang dihasilkan oleh setiap sel badan. Ianya diaktifkan setiap kali sel dijangkiti oleh mikrob, virus, sel kanser dan lain-lain.





Siapa yg perlukan Nutriferon

1. Sesiapa sahaja yang berumur melebihi 12 tahun yang gaya hidupnya amat sibuk, tekanan gaya hidup menyebabkan system imun individu ini seringkali mengalami serangan yang berterusan
2. Individu yang ingin proaktif di dalam mengoptimumkan respons imun mereka terhadap iritasi alam sekitar dan juga pencemaran udara
3. Individu yang ingin mengekalkan prestasi sistem imun mereka di tahap yang maksimum
4. Individu yang berumur, yang sedemikian terdedah kepada kekurangan imuniti
5. Individu yang diet mereka tidak optimum
6. Individu yang sering tertekan/hidup dalam tekanan
7. Individu yang gaya hidupnya tidak/kurang aktif

Kenapa perlu Nutriferon?

Untuk kegunaan harian, NutriFeron meningkatkan pengeluaran interferon semulajadi badan iaitu suatu pengaktif kritikal sistem imun.

NutriFeron berfungsi di dalam peringkat selular sel dalam dua cara iaitu :-

- Mengaktifkan sistem pertahanan imun dengan aktif/cepat
- Menggerakkan "pasukan cari dan musnah' dalam sistem imuniti badan.

Interferon membantu melindungi kita daripada pendedahan harian terhadap beribu penceroboh asing yang boleh membawa kepada penyakit serius dan penyakit.

Oleh itu, amat perlu bagi kita untuk menolong badan kita membantu diri kita sendiri dan itulah tujuan Nutriferon; untuk merangsang setiap sel badan untuk menghasilkan lebih banyak interferon asli untuk menyediakan badan kita perlindungan dengan tahap yang lebih tinggi dalam skop yang luas terhadap serangan selsema, virus dsb.

Kenapa Nutriferon Shaklee?

1. Meningkatkan tahap interferon secara semulajadi – saintis telah mengenalpasti interferon sebagai satu faktor penting penyumbang kepada fungsi imun yang sihat. Nutriferon adalah satu-satunya supplemen tambahan di US yang dihasilkan oleh immunologist yang menjumpai interferon yang meningkatkan pengeluaran interferon di dalam badan secara semulajadi.

2. Dihasilkan oleh individu yang menjumpai Interferon - Dr. Yasuhiko Kojima, imunologi dunia yang terkenal yang telah menemui interferon pada tahun 1954, telah melakukan penyelidikan berdedikasi selama empat puluh tahun untuk mencari sebatian semulajadi yang akan memberi rangsangan kepada pengeluaran interferon. Nutriferon daripada Shaklee adalah satu-satunya supplemen perlindungan di US.

3. Penyelidikan selama 40 tahun – selepas 40 tahun melakukan ujian yang teliti dan melibatkan percubaan bertan-tan kandungan sebatian semulajadi dan herba, Dr. Kojima membangunkan campuran unik empat elemen berkuasa sayur-sayuran yang meningkatkan pengeluaran semulajadi interferon badan.

4. Campuran interferon yang dipatenkan – elemen tumbuh-tumbuhan penggalak. NutriFeron mempunyai MACH, 1 campuran interferon drpd ekstrak tumbuhan yg telah dipatenkan formula ekslusif yang mengandungi ekstrak labu, ekstrak safflower, ekstrak benih Asian Plantain dan ekstrak bunga Japanese Honeysuckl.
5. disokong oleh 4 kajian klinikal ke atas manusia- 4 kajian klinikal yang dikeluarkan mengesahkan kesihatan luarbiasa dan sokongan imunisasi hasil manfaat daripada campuran ekstrak proprietari yang ditemui di NutriFeron.

6. Formula eksklusif dilindungi oleh tiga paten - Nutriferon disokong oleh tiga paten dan hanya boleh didapati melalui Shakee dan Independent Distributor Shaklee sahaja. Formula yang unik dan berpaten ini hanya eksklusif di Shaklee.

7. Dibuat menepati piawaian kualiti yang terbaik – supplemen tambahan yang berkesan, NutriFeron telah melalui ujian sistematik yang ketat untuk keselamatan, kesucian, potensi, dan prestasinya.
Berminat? Boleh PRIVATE MESSAGE saya!

Monday, October 7, 2013

Shaklee : Penting tak proses detox?

Salam semua.
Harini nak share lagi tentang Shaklee. Memang blog ni khasss untuk Shaklee je. Hehe. So topik harini adalah DETOX :)

Sumber : klik sini

Pernah dengar tak pasal DETOX? Ramai menyebut-nyebut pasal DETOX atau dalam bahasa kita dipanggil NYAHTOKSIN. Apa sebenarnya detox ni ye?

Secara normal, hari-hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal

Dari mana datang toksin?

Toksin pada badan kita datang samada dari persekitaran atau dari dalam badan kita sendiri. Ia masuk ke dalam badan melalui macam-macam cara seperti :
  • UDARA : udara yang mengandungi asap, bahan kimia, racun dan bahan cemar lain disedut masuk ke dalam badan
  • MAKANAN/ MINUMAN : makanan atau minuman yang tidak bersih atau dimasak mungkin mengandungi  sisa racun,  bahan kimia dan sebagainya. 
  • UBATAN : Ubatan sintetik dan vaksin juga boleh menyebabkan toksin bertambah dalam badan. 
  • RADIASI : pendedahan terhadap sinar x-ray, bahan radioaktif dan gelombang mikro
  • MAKANAN TIDAK HADAM : makanan yang tidak hadam dan tinggal akan usus akan mengalami tindakbalas biokimia dan meracuni tubuh anda dari dalam
  • DEHIDRASI dan MALNUTRISI : kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan tindakbalas enzim, sistem imun dan saraf yang meracuni sistem manusia

Tanda-tanda anda perlu DETOX

  • Masalah penghadaman
  • Sembelit
  • Sakit kepala
  • Jerawat
  • Penuaan pra-matang
  • Letih
  • Berat badan berlebihan
  • Insomnia

Cara & Langkah-langkah DETOX 



Bagi membersihkan tubuh dari toksin secara semulajadi, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :
  1. PUASA - rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox
  2. DETOX hati - rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sbagainya. Pengambilan sesetengah herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke,  cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya
  3. DETOX Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.
  4. DETOX melalui kulit -  minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, nikmati sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.
  5. MAKANAN BERKHASIAT - setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengam mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin  dan menggunakan sistem penapis air yang baik

Detox dengan SHAKLEE!

Shaklee mencadangkan pengambilan beberapa rangkaian produknya untuk membantu proses detox bagi melancarkan proses membuang toksin dan bahan buangan. Berikut adalah rangkaian produk untuk anda : 
  • Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh) : Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segla Tumbuhan'. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.
  • DTX Complex (Detox hati) : Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu  biji benih milk thistle,  kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati 
  • Garlic (Detox darah) : dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary & spearmint. Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh
  • Herblax (Detox usus) : Gabungan 9 herba semualajadi - daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva),  kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb & akar Culver's. Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit


Bila waktu terbaik detox?

Sebenarnya kita boleh melakukan detox pada bila-bila masa. Badan kita bukan kereta yang perlu ada jadual penyelenggaraan. Cuma yang penting, bila badan rasa tidak selesa, dan timbul simptom-simptom seperti sakit kepala, berat badan berlebihan, tidak hadam, keletihan, sukar tidur dan jerawat - mungkin kita perlukan detox. Pakar nutrisi mencadangkan supaya seorang individu dewasa melakukan detox menyeluruh sekurang-kurangnya setahun sekali. Tapi, sebaiknya anda lakukan mengikut keperluan.

Menurut Dr. Juliet Tien, pakar dalam bidang ini - jika anda jarang-jarang melakukan proses detoksifikasi, disarankan anda melakukanny selepas musim perayaan kerana pada masa inilah anda akan mengambil makanan yang berpotensi mentoksikkan badan dalam jangka masa pendek dan panjang. Makanan manis, berlemak, berminyak, makanan tersedia yang mungkin dicemari yis dan parasit banyak dihidangkan di rumah terbuka dan jamuan-jamuan.

Berminat untuk mendapatkan harga promosi? Boleh email saya di myshaklee92@gmail.com atau PM je saya di FB PAGE kami. Jangan risau, kita boleh discuss dengan lebih lanjut :) KIKIKI

Saturday, October 5, 2013

Kenapa saya perlu memilih Shaklee?

Salam semua.

Masih lagi tentang Shaklee. Harini nak cerita tentang kekuatan Shaklee. Iya, tak dinafikan yang semua supplemen itu baik TETAPI kenapa saya sarankan anda memilih Shaklee? Ingat ya, saya berkongsi tentang perkara baik : ) & Shaklee juga tidak akan berjaya membantu manusia mencapai tahap kesihatan yang optimum jika bukan dengan izinNYA. :)


Dibawah ini saya sharekan keistimewaan Shaklee yang boleh dicapai melalui laman web Shaklee sendiri. (Boleh klik)

Falsafah Produk Shaklee

Selama lebih 50 tahun, generasi demi generasi telah bergantung pada Shaklee kerana telah membuat sesuatu yang berbeza dari yang lain iaitu mencipta produk yang SELAMAT dan terbukti BERKESAN.
Misi kami di Shaklee ialah memberikan kehidupan yang lebih baik dan sihat kepada sesiapa sahaja. Kami membantu dengan cara mengeluarkan produk-produk kesihatan yang terunggul dan anda akan rugi sekiranya tidak berkongsi dengan rakan-rakan mengenainya. Setiap produk yang kami keluarkan telah direka cipta untuk memperbaiki taraf kesihatan tanpa kompromi dan tidak merosakkan alam sekitar.
Apabila anda memilih Shaklee, yakinlah dengan tiga perkara – ia sentiasa SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 

SENTIASA SELAMAT

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Syarat 

Kami memulakan dengan sumber semulajadi, ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian kami menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru kami, terutamanya bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain. Dan kami meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), 1,4 dioksana, atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tidak sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk kami adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan kami benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

Kami Menjamin Keselamatan Tanpa Tandingan:

Beberapa senarai TIDAK Shaklee:

  • TIDAK Mengandungi Paraben
  • TIDAK Mengandungi Triklosan
  • TIDAK Mengandungi Phthalates
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
  • TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
  • TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
  • TIDAK Mengandungi Glikol
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
  • TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
  • TIDAK Mengandungi Ammonia
  • TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
  • TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
  • TIDAK Mengandungi Formaldehyde
  • TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
  • TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
  • TIDAK Mengandungi Toulene
  • TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
  • TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
  • TIDAK Mengandungi Pewarna
  • TIDAK Mengandungi Lemak Trans
  • TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
  • TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
  • TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

SENTIASA BERKESAN

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Efektif

Banyak syarikat mendakwa produk-produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti. Anda akan temuinya di dalam lebih 100 kertas kajian saintifik, 90 darinya telah diterbitkan di dalam majalah-majalah, yang telah membuktikan keberkesanan bagi produk-produk Shaklee. Anda boleh temuinya melalui lebih 300 juta USD pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Anda juga boleh temuinya melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan mereka yang mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.

Dan kami membuktikannya melalui 54 pingat emas yang dimenangi oleh Shaklee setanding dengan kehebatan atlet-atlet terbaik dunia. Dan lagi, bukti yang benar-benar menyakinkan antara semua ini adalah di dalam berjuta-juta orang yang mempunyai kehidupan yang sihat, di antaranya adalah disebabkan mereka menjadi produktif disebabkan oleh Shaklee. Sebelum sebarang produk Shaklee menjadi milik anda, kami telah bekerja keras untuk memastikan ianya terbukti dan apa yang kami katakan adalah benar.

Kami Menjamin Tahap Keberkesanan Yang Hebat
  • $300 juta USD telah dilaburkan di dalam kajian, pembangunan produk dan ujikaji
  • Terdapat lebih daripada 100 bahan rujukan saintifik, 90 daripadanya dicetak di dalam jurnal bagi rujukan pihak ketiga
  • 7 daripada 25 Pengembara Handal di dalam buku Time Life of All Time telah diperkasa oleh Shaklee
  • Produk Shaklee telah memperkasa Pengembara bertaraf Elit Dunia, Will Steger dalam 4
    Ekpedisi Artik Antarabangsa
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh para atlit yang diperkasa oleh Shaklee
  • Shaklee juga memperkasa atlit termasuk kumpulan peluncur ais, acara pentatelon Eli
    Bremer, Darin Shapiro, peluncur air Michelle Simpson, perenang Carly Piper, pemain Golf
    LPGA Reilley Rankin dan pemain softball Jessica Mendoza yang mana mereka mengambil
    produk Shaklee secara harian untuk prestasi yang optimum.

SENTIASA MESRA ALAM

Kami Menjadi Peneraju dan Contoh dalam Memulihara Alam Sekitar 

Dr. Forrest Shaklee: Syarikat kami mempunyai prinsip hidup harmoni dengan alam semulajadi®. Kenyataan itu telah digunakan lebih daripada separuh abad yang lepas dan kami masih terus menerajui sebagai contoh kepada yang lain. Kami adalah syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar. Ibu Pejabat Korporat kami telah memenangi anugerah bagi reka bentuk persekitarannya. Melalui penjualan Rangkaian produk pencuci Shaklee Get Clean® Basic H²® dalam tahun lepas sahaja, Shaklee telah menyingkirkan 2.7 bilion botol-botol konvensional 26 auns pencuci tingkap. Sekiranya disambungkan dari hujung ke hujung, botol-botol ini akan membaluti sekitar bumi lebih daripada 28 kali!

Bermula dari Penjelajah Jacques Cousteau dan seterusnya Dr.Wangari Maathai iaitu pemenang Nobel Peace pada tahun 2004, Shaklee meneruskan perjuangannya dengan bekerjasama bersama mereka yang menyayangi bumi bagi menghasilkan satu perubahan. Dalam tahun lepas sahaja, kami telah mengitarsemula lebih 1,000,000 paun kadbod, menyingkirkan lebih 10,200,000 paun sisa pembungkusan dan menyingkirkan lebih 23,000,000 paun gas rumah hijau. Ini menunjukkan bagaimana kami benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Kami Menjadi Peneraju dan Teladan dalam Memulihara Alam Sekitar
  • Kami merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf sebagai Climate Neutral™ di mana kami telah meneutralkan pengeluaran karbon tanpa menjejaskan alam sekitar.
  • Shaklee telah menanam hampir 800,000 pokok bagi kempen A Million Trees. A Million DreamsTM dengan kerjasama pemegang The Green Belt Movement yang diasaskan pada tahun 2004 dan pemenang Nobel Peace Laureate Dr. Wangari Maathai
  • Pada tahun lepas sahaja, Shaklee telah berjaya:
    • Mengitar semula lebih 1,000,000 pauns kertas kadbod
    • Menghapuskan 10,200,000 pauns sampah pembungkusan
    • Menghapuskan 23,000,000 pauns gas rumah hijau

  • Shaklee merupakan penerima anugerah alam sekitar yang berprestij bagi anugerah-anugerah berikut:

    • 2008: Anugerah Stevie bagi Program Tanggungjawab Korporat Terhadap Alam Sekitar Terbaik
    • 2007: Anugerah Rekabentuk Organisasi Hijau Global Amerika
    • 2003: Anugerah Kecemerlangan Alam Sekitar Kebangsaan daripada Persatuan Alam Sekitar Professional Kebangsaan
    • 2002: Anugerah Agensi Melindungi Alam Sekitar bagi Perlindungan Climate
    • 2001: Anugerah Kepimpinan Gabenor Ekonomi dan Alam Sekitar- Sijil Penghargaan
      daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar California
Haa macam mana? Teruja tak nak cuba Shaklee? Hihi. Harga jangan risau. Saya boleh jamin harga yang saya bagi adalah yang paling rendah sekali. (Y) 

Kenapa kita memerlukan supplemen? Seperti yang kita tahu, keadaan sekarang dengan pencemaran yang tidak susut & semakin membimbangkan, badan kita memerlukan nutrisi tambahan untuk mengelakkan rasa letih, lesu & dijangkiti penyakit. Kita sendiri tak pasti makanan yang kita ambil setiap hari tu balanced diet, cukup semua nutrisi yang kita perlukan.

Justeru, amatlah digalakkan untuk mengambil supplemen sbg makanan tambahan :) Dan kenapa Shaklee? Sebabnya seperti yang telah diterangkan di atas. Hihi

Berminat? Pertanyaan? Boleh email ke myshaklee92@gmail.com ATAU boleh inbox kami di FB page

Selamat Bershaklee! :D


Friday, October 4, 2013

Shaklee : Batu Karang, Atasi dengan Shaklee

4 Oktober 2013. Should be my forth entry. Alhamdulillah masih lagi mampu nak cuba buat #OneDayOneSharingEntry tentang Shaklee ni. Hopefully dipermudah kan :)

So harini nak share tentang batu karang. 

Apa itu batu karang?

Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.

Sumber : klik sini

Faktor-faktor yang menyebabkan batu karang :-


  • Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.
  • Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.
  • Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.
  • Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.
  • Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.
  • Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.
  • Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.
  • Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.
Jenis-jenis batu karang :-

  • Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.
  • Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.
  • Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.
  • Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.
Tanda-tanda gejala batu karang :-

  • Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit. Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.
  • Air kencing berdarah.
  • Air kencing keruh dan berbau busuk.
  • Mual dan muntah.
  • Sentiasa terasa hendak kencing.
  • Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).
Sumber : klik sini

Saranan vitamin Shaklee :-

B-Complex - menurunkan oksalat (garam mineral) yg membentuk batu karang 
Vita-C - mengasidkan urin dan batu karang tidak akan terhasil dlm urin berasid
OsteMatrix - mengandungi Magnesium yg menurunkan oksalat & mencegah pembentukan batu karang 
Alfalfa Complex - mengurangkan infeksi & inflamasi 
Carotomax - menyembuhkan luka di urinari akibat batu karang 
Lecithin - membekar lemak berlebihan yg mendorong pembentukan batu karang

Sumber : klik sini

Jangan risau tentang harga. Tak semestinya apa yang Shaklee suggest ni kena amik semua. Bergantung pada tahap kewangan customer jugak :)


Thursday, October 3, 2013

Shaklee : Perihal Masalah Kulit & Vitamin Shaklee sbg ikhtiar.

Salam semua. Its too late sebab too busy tak sempat nak update blog dengan proper untuk #OneDayOneSharingEntry tentang Shaklee. No3, ni memang saya saja je nak cabar diri sendiri sebab nak latih diri kongsi kebaikan Shaklee. Kongsi kebaikan dapat apa? Pahalaaaaaa :)

Ok quick update. Kalau masalah kulit nak guna yang mana? First sekali kita kena ingat segala apa jenis vitamin yang disarankan pun, kalau bukan dengan izin Allah maka ia tetap tak menjadi. Kalau kita antara manusia yang selalu je try & error segala benda untuk cantikkan kulit muka secara amnya, why not kali ni je kita try supplement from Shaklee? Haa why not?

Ahahaha.

Plus skincare set ni sangat affordable sebabnya ia tahan 4 bulan :) Yeaaay! :D

Ok, so apa yang ada dalam skincare set ni? 

Sumber : klik sini


Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:
  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel
Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit
Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:
  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat
Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:
  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri

Haa see? Banyak kan khasiat dia. Again, kita hanya berikhtiar. Jangan risau. Shaklee is natural & free from sintetic. Kalau tak takkan laa since 1956 sampai sekarang kan? *wink*

Ehehehe.

Pertanyaan / konsultasi : INBOX kami di FB Page


Wednesday, October 2, 2013

Shaklee : Senggugut & Vitamin Yang Sesuai

Salam. Harini 2nd entry. Berhasrat nak buat satu hari satu sharing entry tentang Shaklee. Sebab, orang ingat Shaklee ni mainly untuk lose weight jer. Eee bukan ehhh. Gain weight ada, set darah tinggi ada, set darah rendah, kencing manis, buasir, batuk berdarah & so on.

So topik harini nak cerita tentang senggugut & vitamin apa yang boleh dicadangkan. :)

Sumber : klik sini

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu 
penyakit. Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit dikalangan gadis remaja. Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan olih sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”.   

Kesakitan ini berbeza antara seorang wanita dengan yang lain.  Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk hingga tergolek-golek. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid bergantung kepada keadaan.


CARA MENGATASI SENGGUGUT TANPA UBAT.
  • Cara lain adalah dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihatterutama daripada segi pemakanan.
  • Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok.
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
  • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.

Ihsan : Google


Antara vitamin yang boleh dicadangkan :-


1. B Complex
  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan symptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.
2. Ostematrix (Kalsium Magnesium)
  • Wanita yang mengambil calcium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut..
  • Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain symptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta symptom-simptom yang lain
  • Selain itu, wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.
3. GLA Complex
  • Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan symptom senggugut.
  • Ianya juga dapat mengurangkan kesensitifan payudara dan mengawal keinginan makanan manis-manis.
Sumber : klik sini

Ingin mendapatkan harga istimewa? Pertanyaan ataupun cadangan vitamin yang diperlukan? Segera inbox kami 
di FB PAGE

Sekian :) 

Tuesday, October 1, 2013

Shaklee : Batuk kering. Boleh consume Shaklee tak?

Salam semua. Salam Oktober. Semoga Oktober memberi sinar harapan & kebahagiaan buat yang menantikan. 

Sesi Perkongsian.

Pernah dengar batuk berdarah? Atau dipanggil dengan tibi? Biasanya yang seiingat saya, batuk berdarah ni rarely happens. Macam jarang dengar kan. Tapi still, yang jarang dengar itu la most probably membahayakan. Nauzubillah.

So meh kita tengok apa itu batuk berdarah & segala apa cabang yang ada dibawahnya.


Sumber : Wikipedia


Batuk kering atau penyakit tuberkulosis (sering digelar tibi) adalah jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerangparu-paru (TB pulmonari) dan ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfasistem peredaran (TB miliari), sistem genitourinaritulangsendi dan lain-lain.

Di Malaysia, penyakit Ttibi pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara ini (ketika itu Tanah Melayu -Malaya) di antara tahun 1945 hingga 1957. Kini, seramai 15,852 orang dilaporkan menghidap penyakit batuk kering di negara ini pada 2003 iaitu bersamaan dengan kadar insiden sebanyak 64 kes bagi setiap 100,000 penduduk menurut laporan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Secara umumnya, terdapat penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas.

Gambar besar kultur Mycobacterium tuberculosis
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.
WHO menetapkan dua sasaran utama menjelang 2005 iaitu mengesan sekurang-kurangnya 70 peratus kes baru batuk kering kahak positif dalam masyarakat dan menyembuhkan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada mereka yang dikesan. Malaysia telah mencapai sasaran ini sejak tahun 2002.


Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit batuk kering dapat dihapuskan di Malaysia ini memandangkan banyak faktor yang menyumbang kepada kemunculan semula penyakit ini, antaranya termasuk :-
  • Pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.
  • Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil tentang penyakit ini.




Tanda-tanda dihidapi penyakit :- 

  • Batuk berdarah atau berkahak.
  • Sakit di bahagian dada.
  • Lemah dan keletihan.
  • Susut berat badan.
  • Kehilangan selera.
  • Menggigil.
  • Demam.
  • Berpeluh waktu malam.

Siapakah yang berpotensi untuk diserang batuk kering?

Menyerang tidak kira kaum, bangsa atau umur, namun kumpulan berisiko tinggi adalah:
  • Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).
  • Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.
  • Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
  • Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
  • Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
  • Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.

Bagaimana Batuk Kering Merebak?

Batuk kering merebak melalui udara. Apabila penghidap batuk atau bersin, mereka mengeluarkan bakteria dalam udara akan dihidu orang sekeliling.
Apabila seseorang menghidu bakteria batuk kering, bakteria tersebut akan bertapak di dalam paru-paru dan membesar serta bergerak melalui darah kepada buah pinggang, tulang belakang dan otak.

Apakah antara supplemen Shaklee yang boleh dicadangkan?
Vivix - Memperbaiki sel (cell repair), menghapuskan radikal bebas, memperbaiki DNA, mempertahankan sel, memberi tenaga kepada sel.
Nutriferon - produk yang terulung daripada Shaklee. Kebiasaanya digunakan untuk meningkatkan imunisasi dengan membantu pengeluaran interferon semulajadi tubuh kita.
Garlic Complex - Antibiotik semula jadi dan selamat untuk meningkatkan sistem imunisasi badan dan mengelakkan daripada terkena penyakit berulang seperti selsema, jangkitan bakteria dan sebagainya.
Carotomax - membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan petumbuhan tisu dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Omega Guard - minyak ikan yang paling baik kerana diestrak daripada ikan laut dalam dan air sejuk dan tidak dihasilkan daripada minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
Zinc - membantu dalam penyembuhan luka, meningkatkan tahap imunisasi, mengelak daripada penyakit berjangkit dan gangguan kulat.

Mesti ambil semua ke? Sudah tentu tidak :) Ini hanya supplemen yang boleh dicadangkan, namun ia juga mengikut kepada kehendak & bajet pelanggan. Takmoh rasa terpaksa ya :) 

Ingin tahu tentang set-set lain atau vitamin apa yang sesuai dengan masalah anda? SILA PM PAGE SAYA!

Selamat Bershaklee! :D

Sumber : klik sini