10-11 Mei yang lepas saya berpeluang untuk hadiri Seminar Law of Universal Attraction & Neuro-Linguistic Programme by Tuan Zuhairi Nopiah / Ateh Zuhairi. Saya kira saya ini mempunyai peluang yang sungguh bagus sebab telah ditakdirkan untuk belajar mengenai hukum tarikan & bahasa otak.
Saya belajar MACAM-MACAM, kawan-kawan. Tentang Vision Board, tentang percaya sebelum berjaya, tentang Law of Universal Attraction & kaitannya dgn our MOST POWERFUL CREATOR, tentang kasih sayang itu fundamental setiap manusia, tentang habluminaallah & habluminannas yang sepatutnya jadi tunjang setiap derap langkah kaki yang bergelar khalifah Allah.
Sungguh. Ilmu yang semampunya saya serap ini, bukan je boleh guna dlm Shaklee, malah more than that! Tentang life, yes.
Dulu masa sekolah selalu juga kena hadiri motivasi kan. Diceritakan tentang kenapa perlu berjaya, ciri-ciri pelajar cemerlang & seumpamanya. Lepastu dah lama tak pergi motivasi, tiba-tiba dapat pergi & belajar banyak, Ya Allah rasa macam dah jumpa balik diri yang hilang! Kemain semangatnya.
Tak cukup nak cerita semua benda dalam satu entry kawan-kawan. Tapi, tak boleh buat semua tak bermaksud kena tinggal semua, kan? Maka saya nak kongsi tentang percaya sebelum berjaya.
Percaya sebelum berjaya ni lebih menyentuh kepada iman sebenarnya. Diceritakan, para sahabat dulu kalau berdoa, selain doa sungguh-sungguh, mereka juga percaya yang mereka yakin DAH DAPAT apa yang mereka idamkan.
Saya pelik. Percaya, tapi bendanya tidak ada? Logik ke, saya kata.
Logik, kawan-kawan.
Kita boleh percaya syurga & neraka tanpa kita melihatnya, kenapa kita tak boleh percaya yang kita akan berjaya walau belum nampak kita berjaya? ;)
Juga boleh ambil contoh yang Kota Constantinople dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fateh. Saya pasti kisah ini seringkali diambil contoh bagaimana Sultan Al-Fateh ini boleh menawan Kota Constantinople ini.
Mereka percaya hadis nabi yang disabda oleh baginda pada peperangan Khandak, bahawa kota itu pasti akan dibuka.
Percaya, sebelum berjaya.
Dan memang betul, kota tu akhirnya dibuka. Boleh baca kisah interesting ni di link ini.
Kalau kita percaya, inshaAllah akan bantu kita. Bila kita percaya, maksudnya kita yakin bahawa Allah akan bantu kita capai apa yang kita nak.
Allah itu sifatnya Penyayang, mustahil Dia nak membiarkan hambaNya meminta-minta tanpa dikabulNya?
All you have to do is, just hang in there and have faith. Kalau pun kita tak dapat apa yang kita nak, surely He will give us what we need. Sungguh, Dia je yg Maha Tahu tentang kita.
Rasanya cukup sampai sini dulu kot. Banyak lagi nak share. Tapi lain entry la ya. Rasa macam nak share tentang Vision Board lepasni. Hihi. Adiosss!
Assalamualaikum!
Sincerely,
Master to be Ameli
:)
No comments:
Post a Comment