Sesi Perkongsian.
Pernah dengar batuk berdarah? Atau dipanggil dengan tibi? Biasanya yang seiingat saya, batuk berdarah ni rarely happens. Macam jarang dengar kan. Tapi still, yang jarang dengar itu la most probably membahayakan. Nauzubillah.
So meh kita tengok apa itu batuk berdarah & segala apa cabang yang ada dibawahnya.
Sumber : Wikipedia
Batuk kering atau penyakit tuberkulosis (sering digelar tibi) adalah jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerangparu-paru (TB pulmonari) dan ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang (meningitis), sistem limfa, sistem peredaran (TB miliari), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.
Di Malaysia, penyakit Ttibi pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pembunuh utama kepada penduduk di negara ini (ketika itu Tanah Melayu -Malaya) di antara tahun 1945 hingga 1957. Kini, seramai 15,852 orang dilaporkan menghidap penyakit batuk kering di negara ini pada 2003 iaitu bersamaan dengan kadar insiden sebanyak 64 kes bagi setiap 100,000 penduduk menurut laporan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad. Secara umumnya, terdapat penurunan trend kadar insiden batuk kering di Malaysia iaitu pada kadar dua peratus setahun sejak sepuluh tahun lepas.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga mendapati imunisasi BCG yang diberikan kepada bayi baru lahir tidak memberi perlindungan sepenuhnya terhadap jangkitan batuk kering. Imunisasi BCG hanya melindungi kanak-kanak daripada mendapat penyakit batuk kering yang teruk. Apabila kanak-kanak meningkat dewasa, risiko jangkitan ini adalah sama dengan orang dewasa lain yang tidak mendapat imunisasi BCG.
WHO menetapkan dua sasaran utama menjelang 2005 iaitu mengesan sekurang-kurangnya 70 peratus kes baru batuk kering kahak positif dalam masyarakat dan menyembuhkan sekurang-kurangnya 85 peratus daripada mereka yang dikesan. Malaysia telah mencapai sasaran ini sejak tahun 2002.
Adalah sukar untuk menentukan bilakah penyakit batuk kering dapat dihapuskan di Malaysia ini memandangkan banyak faktor yang menyumbang kepada kemunculan semula penyakit ini, antaranya termasuk :-
- Pendatang asing secara haram tidak disaring daripada penyakit ini.
- Pesakit lambat atau tidak mendapatkan rawatan kerana jahil tentang penyakit ini.
Tanda-tanda dihidapi penyakit :-
- Batuk berdarah atau berkahak.
- Sakit di bahagian dada.
- Lemah dan keletihan.
- Susut berat badan.
- Kehilangan selera.
- Menggigil.
- Demam.
- Berpeluh waktu malam.
Siapakah yang berpotensi untuk diserang batuk kering?
Menyerang tidak kira kaum, bangsa atau umur, namun kumpulan berisiko tinggi adalah:
- Mereka yang dijangkiti AIDS (virus HIV).
- Mereka yang mendampingi pesakit batuk kering.
- Rakyat asing daripada negara yang mempunyai kadar jangkitan batuk kering yang tinggi.
- Sesetengah bangsa dan etnik minoriti.
- Mereka yang kekurangan zat dan vitamin.
- Pemabuk dan penagih dadah yang dijangkiti HIV.
Bagaimana Batuk Kering Merebak?
Batuk kering merebak melalui udara. Apabila penghidap batuk atau bersin, mereka mengeluarkan bakteria dalam udara akan dihidu orang sekeliling.
Apabila seseorang menghidu bakteria batuk kering, bakteria tersebut akan bertapak di dalam paru-paru dan membesar serta bergerak melalui darah kepada buah pinggang, tulang belakang dan otak.
Apakah antara supplemen Shaklee yang boleh dicadangkan?
Vivix - Memperbaiki sel (cell repair), menghapuskan radikal bebas, memperbaiki DNA, mempertahankan sel, memberi tenaga kepada sel.
Nutriferon - produk yang terulung daripada Shaklee. Kebiasaanya digunakan untuk meningkatkan imunisasi dengan membantu pengeluaran interferon semulajadi tubuh kita.
Garlic Complex - Antibiotik semula jadi dan selamat untuk meningkatkan sistem imunisasi badan dan mengelakkan daripada terkena penyakit berulang seperti selsema, jangkitan bakteria dan sebagainya.
Carotomax - membantu mengekalkan tumbesaran, penglihatan dan petumbuhan tisu dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
Omega Guard - minyak ikan yang paling baik kerana diestrak daripada ikan laut dalam dan air sejuk dan tidak dihasilkan daripada minyak hati ikan yang mengandungi toksik.
Zinc - membantu dalam penyembuhan luka, meningkatkan tahap imunisasi, mengelak daripada penyakit berjangkit dan gangguan kulat.
Mesti ambil semua ke? Sudah tentu tidak :) Ini hanya supplemen yang boleh dicadangkan, namun ia juga mengikut kepada kehendak & bajet pelanggan. Takmoh rasa terpaksa ya :)
Ingin tahu tentang set-set lain atau vitamin apa yang sesuai dengan masalah anda? SILA PM PAGE SAYA!
Selamat Bershaklee! :D
Sumber : klik sini

No comments:
Post a Comment