Sebab Dia bagi apa yang kita perlu. Bukan apa yang kita nak. Betul ke? Biasa dengar kan frasa ini?
Buat detik-detik sekarang, aku amat bersyukur dgn apa yg tuhan kita telah bagi. Lebih-lebih lagi right at this moment, dimana aku menjadi kerani separuh masa, di syarikat binaan tiang rumah & sebagainya, dimana lokasinya berhadapan dengan rumah aku. Jalan kaki sahaja udah sampe.
Meski gajinya, pada mulanya aku dengar mcm gila. Masakan RM 600 sahaja yang digajinya? Kerani lain dapat gaji banyak ok! RM 1000 penuh dalam bank. Macam mana aku nak beli kalau macam ni? Ishhh.
Tapi kawan-kawan, kita yakin sahaja, ya?
Rezeki ada dimana-mana. Hikmah yang aku rasa, alhamdulillah sangat besar.
Jika diizinkan tuhan kita, aku mampu solat terawih selagi terdaya.
Jika diizinkan tuhan kita, aku mampu berbuka sambil pandang emak depan mata.
Jika diizinkan tuhan kita, aku mampu isi lebih masa dgn adik-adik tercinta.
Jika diizinkan tuhan kita, maka aku mampu untuk segalanya.
Tuhan kita, sangat pengasih, ya kan? Aku fikir gaji aku sikit. Walhal aku tak perlu keluar duit makan, tak perlu keluar duit minyak motor, tak perlu berpenat badan. Diri sendiri, kau nak apa lagi ni?
Ah ada client datang pula tanya pasal tiang berapa kaki.
Ok sambung cerita lagi. Hah, aku nak apa lagi? Kenapa susah nak ajar diri kita bersyukur ya?
Jahatnya syaitan Syaitan jahat? Ke diri sendiri yang ikut bersubahat?
*diam*
Bersyukur sahaja ya, diri sendiri. Tuhan itu kasihnya tinggi pada kita. Yakin. Dan senyum. Teruskan langkah. Kalau kita rasa cukup, maka akan cukup. Kamu mahu apa lagi?
Nak banyak gaji?
Nak kerja macam kuli?
Nak ulang kesilapan macam dulu lagi?
Jangan, ya?
Tuhan kita kasi masa untuk berubah. Terima. Dia bagi apa yang kita kena ada, bukan apa yang kita hendak. Jangan diikut cakap org sangat. Kita kalau susah, yang ada hanya Tuhan kita.
p/s : Senyum
No comments:
Post a Comment