Sebelum ni aku pernah ada dalam laman blogspot.com ini. Pernah juga suatu masa dulu, dulu sangat, zaman tok kaduk sana, aku ada blog. Memalukan. Sampai sekarang ada lagi, tapi aku setkan privasi, utk aku sahaja yang boleh baca.
Dan kenang zaman dulu. Erk, tiba tiba rasa mcm "kau dah kenapa?"
Anyways, hi. Dgn wujudnya blog ini aku harap aku boleh sumbangkan sesuatu. Sesuatu itu tafsiran kamu, maka ikut lah apa kamu rasa. However, aku tak janji aku akan menjadi sebaiknya dalam bercerita, sebab sisi buruk aku memang terlalu besar nak dipura-purakan. Aku rasa aku buat blog ni lebih kepada utk recall perkara-perkara lampau, contoh mcm cerita hal sekolah, pengalaman bekerja, perkara yg aku rasa gembira, perkara yang tidak, atau mungkin juga sebagai warkah peringatan untuk aku ke.
Mana tahu suatu masa nanti tiba-tiba aku hilang ingatan?
Sekurang-kurangnya aku ada blog yang boleh aku sandarkan pada kenangan. Bhahahaha. Apa benda lah rhyme nya tu. Okay so basically itu lah. Lebih kepada monolog dalaman, lebih kepada aku bercerita, tetapi kepada diri sendiri.
Sebab risau kapasiti ingatan tak mampu nak ingat banyak perkara. Sekurang-kurangnya, aku boleh dekah-dekah ketawa pada masa hadapan kalau ada perkara yang menggeli kan hati, sekurangya aku boleh kesat air mata sambil bermuhasabah diri kalau tiba-tiba aku terbaca sesuatu yang cocok-cocok tangkai hati. Sekurang-kurangnya, aku boleh rasa sebak, pilu dan rindu kalau tiba-tiba terbaca perihal kawan-kawan aku, perihal suatu masa dulu.
Sekian.
No comments:
Post a Comment