Mungkinkah esok hari yang barakah, maka tuhan turunkan hujan yang barakah?
Mungkin.
Untuk kesekian kalinya, esok (10 Julai 2013) umat Islam akan berpuasa. Aku juga inshaAllah jika diizinkan Allah akan berpuasa. Keluargaku juga. Kamu juga. Ramadhan selalunya org menjadikan ia sebagai satu titik perubahan, (turning point) untuk menjadi yang lebih baik, untuk beraksi sebagai orang Islam yang lebih berhemah.
Kau macam mana? Aku juga dalam kalangan yang sebegitu.
"Bulan puasa ni nak......"
"Nanti kalau dah Ramadhan nanti aku nak......"
Hakikatnya, kita gigih untuk berubah bila tiba Ramadhan. Apa jadi pada sebelas bulan yang lainnya? Entah. Aku pun macam kau. Tersasar. Tergolek. Baru nak bertatih, tiba-tiba rebah, lalu terdampar.
Bila nak berubah ni, diri sendiri?
Dulu masa sekolah, seronok berpuasa. Bila tiba waktu Zohor, semua cikgu-cikgu turun solat sama-sama. Masa ni la nak tgk cikgu-cikgu perempuan, ustazah-ustazah dlm telekung. Suka. Lepas Zohor, berkumpul di dewan makan, baca Al-Quran.
Sekolah dah membahagikan kelas ini baca juzu' yang mana, kelas itu baca juzu' yang mana, maka jika dibaca setiap hari, kira setiap hari 30 juzu' baca.
Kemudian paling syahdu bila nak berbuka, sebelum masuk Dewan Makan, berkumpul kt bawah Blok G ramai-ramai dgn botol air masing-masing, nak isi buat berbuka. Meja memang dah tetap. Kelas ini, mejanya yang ini. Kelas yang tu, mejanya sebelah sana. Sebelum berbuka, mesti berzikir.
Hasbi rabbi...
Asma ul Husna..
Selawat..
Sampai azan.
Kemudian terawih. Aku selalu mkn paling lambat, kawan yg 3 org tu selalu tunggu aku makan. Kemudian sama-sama solat terawih. Ya Allah bahagianya rasa. Kenapa masa tak terhenti masa tu je?
Ah, rindunya.
Selamat Datang Ramadhan. Semoga kita semua kejar pahala yang berlipat ganda. Mana tahu kali ni Ramadhan yang terakhir buat kita.
Tsk.
No comments:
Post a Comment