Thursday, July 11, 2013

Tips


Sebagai peringatan. Dan juga untuk membunuh masa, maka aku rasa macam nak menulis. Anyway, hari ini Ramadhan yang ke 2. Harap harap bertahan sehingga ke akhirnya. Selagi ada, maka jgn berputus asa. 


Ihsan dari instagram

Aku juga ada jumpa beberapa tips untuk menjadikan Ramadhan lagi bermakna. Antaranya ialah : 

1) Memiliki checklist dimana ada beberapa perkara yang kamu ingin lakukan. So bila dah buat, tick. Sebagai pembakar semangat orang kata. Contohnya, kita buat dalam satu kertas A4, list out kan list of activities for example tahajjud, qiam, solat rawatib sebelum subuh, solat zohor, sedekah dan sebagainya. Seriously, kalau hari hari tick 'done', tak bakar semangat namanya? Hewhew.

Mula-mula rasa terpaksa. Tapi kena la latih diri, kan? Reset niat yang pasti. Hari hari kena buat kerana Allah. Anggap sahaja checklist itu adalah untuk sampingan.

2) Next, Khatam Quran? This is the most popular ibadaah i've found so far. Mostly kengkawan semua nak khatam Quran.  So how? Senang. The calculation is below :

Dalam Al-Quran ada approximately 600 m/s

600 bahagi 30 = 20

So, 20 pages A DAY. Kita ada 5 solat waktu, kan? So setiap lepas solat, boleh baca 4 pages a day :) Kalau nak khatam dua kali (macam perempuan ke kot nanti kalau period 15 days ke who knows), boleh baca 8 pages a day. Up to you. Baca pun bila senggang, boleh baca. Tak perlu tunggu sehingga solat baru nak baca. 

Bila ada masa lapang, baca. Boleh latih ada wudhu' sentiasa kan.

3) Sedekah di masjid / surau.

Bila pergi terawih atau solat-solat Fardhu, kan ada tabung di tepi atau belakang surau kan. So kita boleh bawa beberapa jumlah wang (terpulang) dan sedekah setiap hari. Contohnya kita nak sedekah 50 sen tiap-tiap hari. Kita bawa 50 sen, tiap kali after solat before pulang, kita sedekah. Secara konsisten. Mudah-mudahan Allah terima.


Kesimpulannya, tips ini adalah peringatan kepada diri sendiri dan juga pada orang lain, sekiranya Dia mengizinkan. Tips ini juga diperolehi oleh orang lain & aku hanya berkongsi. Maka segala yg baik itu datang dari Allah yg buruk itu adalah kelemahan diri aku sendiri.

Maaf untuk struktur bahasa yang kurang teratur. Salam Ramadhon!

p/s : Ramadhan boleh jadi turning point kita






No comments:

Post a Comment