Ini sambungan daripada entry lepas.
Dipendekkan cerita, Hari Rabu pada minggu yg sama yakni minggu 17 Februari 2013 tu, aku keluar dgn Pikad ke JJ baru. Plan sebab dia ajak teman ke klinik untuk kutip gigi. Itu salah satu proses pembelajaran untuk menjadi dentist yang berjaya. May sounds yuackks to you, tapi dah memang cenggitu prosesnye, yedak?
Kemudian after ke Poliklinik Peringgit, kitorg ke JJ baru terus sebab nak makan Pizza. Dia belanja Favourite Platter sebagai membalas kesudian aku untk teman dia. Haritu, masa keluar daripada Pizza, kitorg terserempak dgn Intan & Ayu. Dorg pn makan pizza sekali, so chit chat kejap then kitorg blah daripada Pizza tu.
Right after keluar je Pizza, straight ternampak Tenad! Kahkahkah tenad rupanyaaa! Tengok2 dia jalan dgn Miki, so kitorg ape lagi, dah lama tak jumpa Miki so salam-salam bagai. Tanya khabar memasing. Miki pakai dress masa tu. Tak silap aku colour kuning, tudung bawal biru :)
Kitorang tak syak apa-apa. Nak syak apa pulak, kan?
So mcm biasa borak-borak, then aku cakap dgn dia buku dia aku tak tahu nak pulang bila. Dia kata tak apa sebab raya nanti pulang la. Aku pinjam pun masa raya tahun lepas, aku raya rumah dia & dia buatkan bihun sup :)
*fast foward pada hari Sabtu malam*
Aku online facebook, tetiba aku nampak kawan aku post dkt batch, cakap miki kritikal, kt ICU. I was so shocked, benda pertama yang aku fikir, WHY? Kejadahnya tetiba dia kt dalam ICU ni? Ni nak bergurau senda dgn aku ke apa? Sebab dulu Zafirah pernah gurau kwangajoo dgn aku dia cakap dia masuk ICU. Aku dah puas menangis tetiba dia sihat walafiat.
Aku pun taknak tertipu aku terus text dia. Aku ingat lagi. Aku text dia camni ;
"Miki are you okay?"
Aku mengharapkan balasan daripada dia, bagitahu dia okay, semua kt facebook tu menipu & bersifat gurauan semata-mata, UNFORTUNATELY, yang balas text aku tu kawan dia.
"Mira kt ICU sekarang, kritikal. Doakan dia"
Ah sudah! Apa pulak nieh! Apesal masuk ICU pulak? Bukan ke aku baru jumpa masa Rabu haritu?
Aku terus call Tenad. Can't wait any longer. Tenad cerita kt aku kronologi yg dia dengar daripada kawan Mira tu. Aku tak ingat, tapi aku rasa nama dia Nadia. Kemudian aku dah dgr cerita tu aku terus text number Miki, aku tau Nadia tu yang akan balas, aku cakap dgn dia ;
"Kalau ada apa-apa perkembangan dgn Mira, bgtau saya ya. Terima kasih sgt"
Aku taknak fikir panjang. Aku harap dia okay. I mean, aku betul-betul harap dia okay. Malam tu jugak Ayu chat aku cakap pasal Miki, then aku cuma mampu doa semoga takde apa-apa. Aku text Zafirah, Pikad, Zati Joe, Teha aku bagitahu apa yang aku tahu.
Kemudian aku tidur.
Pagi Ahad tu aku ikut mak aku hantar adik aku balik Kolej dia. So aku kena bangun awal. Tapi aku bangun masa tu sebab Tenad call. Tapi aku biarkan sebab tgh mamai. Kemudian adik aku kata "kak, angkat telefon kau lah. Tenad banyak kali call, mesej kau banyak"
Aku tersentak. Aku terus angkat call tenad, lepastu dia mengongoi dalam telefon.
"Amy..... Miki dah takde" *nangis. mengongoi-ngongoi*
*diam*
*terkejut*
"betul ke? Bila ni?"
"Pukul 6 tadi.."
After bercakap sikit, aku letak telefon. Aku tengok mesej. 'Miki' text aku.
"Mira da tinggalkan kita jam 6.10 tadi"
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku tak berniat nak letak printscreen tentang mesej itu. Takpela, biar dalam simpanan aku je. Kemudian aku call Zafirah. Masa tu aku memang sedih, tapi aku tak nangis langsung. Maybe sbb ada mak aku & adik aku, maka aku putuskan untuk tak nangis langsung.
Aku call Zafirah, aku whatsapp Hani, aku text Pikad. Zafirah tak angkat call, takpela masih pagi agaknya. Pikad tak reply, Hani dah sedih-sedih.
Perasaan masa tu, tak tergambar macam mana. Shocked to the max, of course. Then Teha call aku, dia dah nangis. Masa tu kitorg dpt tau yang arwah akan balik malam tu jugak from KK. Flight dijangka jam 3 ptg, so sampai KLIA dalam 5 ptg, inshaaAllah after maghrib gitu sampai Melaka.
So kitorg decide nak pergi. Aku kena balik hostel Isnin sepatutnya, tapi aku putuskan if and only if tak boleh elak jugak, I HAVE to balik Selasa. Gila. Kawan meninggal, takkan laa takmau ziarah kan. Then decide, after maghrib dgn zati semua nak pergi, dlm 9.30 mlm. Aku pergi dgn Zati & Pikad, Zati drive.
Kemudian, dlm pukul 10 sampai, bebudak sharodz dah memenuhi ruang tamu rumah. Arwah tak sampai lagi, sebab delay pulak. Maybe dijangka sampai 12 malam nanti. Masa tu mcm, ah apa laa nak react ni. Takut semua ada. Debar apetah lagi. Kami baca Yassin, syahdunye yaAllah tak boleh nak cakap.
Baru last year raya sini, tetiba bulan Februari dtg balik sebab nak tgk jenazah, kawan baik sendiri? Berkecamuk okay!
*selingan*
Antara yang datang adalah ketua warden & Teacher Haslina, dan Teacher Salmah. Walaupun aku tak cemerlang mengukir nama sebagai budak pandai, tapi aku agak terharu bila teacher & KW ingat aku. Siap cium pipi kau! Mau tak menanges kenangkan dosa dgn cikgu! Tskk.
*Sambung balik*
Dah nak dekat pukul 12 tu, aku nak ke toilet. Masa tu dapat call van jenazah dah sampai Ayer Keroh. Ish, means kejap lagi memang sampai. Aduh, apa la aku nak buat ni. Air mata boleh tahan lagi, sebab mak ada. kemudian aku nak ke toilet, tak lama lepastu after keluar toilet, tetiba Pikad cakap "Amy dah sampai!"
WEI. KAWAN. KAU. DAH. SAMPAI. WEH.
Disebabkan kitorang letak kasut kt belakang, so ktorg cam agak awal sikit la sbb jenazah dibawa ke rumah nenek dia, which is belakang rumah dia. Perasaan? Masa tu memang aku dah tak boleh nak cakap apa, aku keep saying "kad, kwn kau dah balik kad, dah takde dah"
Masa tu air mata dah serupa air terjun. Aku gugup, sebab belum pernah lagi pengalaman sebegini rupa. Kemudiannya aku ikut masuk ke perkarangan rumah nenek dia, jenazah diturunkan, maka nampaklah muka mak arwah & ayah dia dalam keadaan lemah longlai. Bergelen-gelen air mata, I know.
Memandangkan dah agak lambat & family dia decide untuk kebumikan dia malam tu jugak, maka jenazah tak dikeluarkan dari keranda. Sesiapa yang nak cium, means cium laa dia dlm keranda tu.
YOU KNOW WHAT? The moment masa org nak bukakkan keranda tu, the moment masa kau nak tgk sebenarnya yg ada dalam tu adalah KAWAN kau, adalah the moment yg melemahkan seluruh badan. I barely can't stand properly, berpaut pada Pikad je, selawat banyak2. Aku taknak pengsan je, serious masa tu rasa lemah sangat.
Kemudian bila dah bukak, I decided to not look at her first, aku lepaskn org lain yang nak cium arwah, tiba-tiba datang adik dia yg SERUPA dgn dia dkt aku tanya ;
"Kak Mira sakit apa?"
Aku diam. Pandang dia. Aku tak jawab. Aku nangis. Tak boleh jawab, dik. Sorry :( tak mampu. Kemudian sedara dia dtg amek adik dia bawak pergi.
Masa sesi cium-cium tu aku akui aku agak takut, gusar. Bayangkan, dah 12 malam masa tu, aku pulak emosi tak keruan, nangis sana-sini. Ameilia sampai mengongoi-ngongoi. Aku yakin semua yg dalam rumah tu, semua kongsi rasa yang sama,. Rasa yang tak sangka. Rasa yang mcm, betul ke ni......
Mula-mula ada siapa tah cium dia kt depan aku, lepastu baru turn aku. Masa cium tu.... Sejuk. Aku still boleh rasa betapa sejuknya dahi dia. Tak cium, just letakkan hidung dkt dahi dia. Kemudian blah sambil kesat air mata. Kemudian Zati cium, kemudian mak aku cium.
Tak lama lepastu, semua mcm dah cium, kitorang pun balik. Hani, Zaf & Mai tidur rumah aku. I'm very glad sebab dorg tidur rumah aku, pokoknya aku takut banget seih nak tidur malam tu. Terbayang-bayang. Huwaaa. Sadly, Tenad takde kt situ sebab dia ada kt UMT.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
What I can say, pemergian arwah 10 hari before birthday dia yang ke 21 sangat memeranjatkan & betapa benarlah bahawa jodoh, mati itu ditangan Tuhan & dirahsiakan. Hanya Dia yang Maha Mengetahui segala-galanya. I admit, beberapa bulan selepas dia takde (even up till now), aku still kdg2 termimpi dia. Sebelum puasa haritu ada mimpi. Sedihla.. Kalau masa rindu tu dtg, Ya Allah.. Rindu sgt. Boleh sebak sampai nangis. Entah la. Tak tahu nak cakap apa. Tak boleh nak describe. Pemergiannya memang menyentakkan sesiapa.
Ya, kita percaya Qada' & Qadar, kita percaya dia dah dijanjikan sekian-sekian utk dijemput ajalnya, cuma sebagai yang masih bernyawa ni, rasa insecure sebab, tak tahu sampai bile boleh bernyawa, kan? BILA-BILA je. Punca kematian dia pun bukan sesak sangat pun. Sebab-sebab yang kita sendiri macam eh tak mungkin la. Tapi, He knows better.
Sekian sahaja. Semoga cerita ni aku ingat sampai bila-bila. Tak perlu laa diceritakan khamis malam tu aku ada whatsapp dia apa semua, malas nak ingat mcm mana sedihnya mak dia cerita pasal dia masa aku & mak aku ke rumahnya seminggu lepastu. Tak apa lah, yang tu simpan dulu.
Untuk sekarang, bye.
No comments:
Post a Comment