Friday, July 19, 2013

Rumah ke kereta?

Baru-baru ini aku sempat menjengah ke facebook seorang kakak ni yang mengetengahkan isu pembelian & harga rumah. Dengan harga yang semakin melambung tinggi, aku kurang arif hal-hal sebegini (harga rumah dan sebagainya) namun aku sedar bahawa segala benda semakin mahal nampaknya.

Aku suka baca komen-komen manusia. Kadang-kadang boleh buat gelak, yang mana ada tips penting aku jot down. Boleh guna masa depan. Komen-komen manusia ini penting juga dalam sesetengah keadaan ya. Ok kemudiannya aku banyak la jumpa komen tentang susahnya membeli rumah, betapa kena ada 10% cash paling busuk pun untuk rumah, belum masuk fees lawyer dan sebagainya.

Tiba-tiba aku rasa takut. Macam mana kalau gaji biasa-biasa, adakah perlu berhutang sehingga ke akhirnya? Macam mana kalau tak ada duit nak beli rumah? Macam mana kalau tak ada duit nak beli kereta? Ya Allah. Rumitnya sesuatu yang bernama kehidupan ni.

Pelbagai cadangan yang aku jumpa. Pinjam duit sedara mara dulu lah, pinjam duit mak ayah dulu lah. Iya lah, itu kalau mak ayah & sedara mara jenis bangun pagi terus cop duit.

Kalau jenis sedara mara yang kerja sekadar kerja? 
Dia ada hutang dia.
Ada nak bayar rumah dia, kereta dia, makan pakai dia.

Lepas tu tiba tiba kau nak meminjam? Banyak cantik. Paling tak pun dia jeling je kau.

Mak ayah? Kalau mak ayah senang tak apa, kalau yang tidak tu?

Apa aku buat ni, adakah aku telah merungut tentang susahnya kehidupan? Entah. Tapi yang pasti segala-gala memerlukan duit. Duit itu, duit ini. Nak bayar itu, nak bayar ini.

Jika diizinkan tuhan, maka aku akan tamat belajar dalam 2 tahun lagi. Kemudian, gasak ko! Bakal menempuhi alam kerja dimana SEMUA BENDA KENA PIKIRRRR.

Mana tak stress. 

Lepastu ada abang ni komen, pada yang anak-anak muda yang baru nak grad tu, fikir-fikirkan betapa pentingnya saving untuk beli rumah. Sebab kalau sewa memang tersangaaaatlah rugi. Dia cakap, beli kereta 2nd hand cash, kemudian kumpul beli rumah pula. Dah ada rumah, baru boleh beli kereta yang baik sikit.

Ah, macam macam cadangan bukan. Serabut.

Ke, masih awal lagi nak fikir pasal hal-hal sebegini? Kalau awal lagi, bila? Kalau tak saving sekarang, masa bila? Esok nak jumpa bank ke baru nak start saving? Kahkahkah

So, aku dah bertekad. Aku kena tukar segala rancangan aku semuanya. Dan aku kena pastikan aim aku tercapai.

Ya Allah, moga Kau mudahkan segala urusan kami, Rabbi. Semoga yang sukar menjadi mudah, yang sulit menjadi senang. Sesungguhnya Engkau sahaja yang memberi rezeki.

Sentiasa reset niat, dan jangan lupa tawakkal! 

No comments:

Post a Comment