Saturday, July 20, 2013

17 Februari 2013 (Ahad) : The Day I'll Never Forget Part I

Ya. 17 Februari 2013, hari yang tak boleh dilupakan. The day I lost my friend. First time rasa pengalaman hilang kawan baik sendiri. I can say we are best friends because we were in the same class for 2 years and same club at that time. (Program Usahawan Muda).

Hmm.. Macam mana nak mula? Kita recall balik apa relationship aku dgn dia. Kitorang sekelas dan boleh dikatakan agak rapat jugak sbb selalu je texted dia and whatsoever. Masa form 4, satu blok hostel. Dia tingkat tiga, aku tingkat dua. Memandangkan yang duduk blok H tu tak seberapa ramai students Form 4, so kitorang agak banyak habiskan masa bersama, especially on weekends sebab aku akan datang bilik dia tgk dia study dan sebagainya. Paling aku suka tgk dia study biology dalam buku rujukan dia.

Dia kurungkan perkataan yang dia nak hafal. Dia highlight, dia gariskan. Bila ingat balik dia adalah seorang yang sangat struggle I can say, terlalu. And bila masa hujung minggu kalau balik kampung, selalunya before Jumaat balik tu kitorang akan macam "eh malam ni mesej tau, stay up sesama". And we both did.

Tak lah rapat mana kot sebab physically kitorang tak selalu makan sama, solat and whatsoever. Cuma, kawan biasa, yang kadang-kadang baik sama-sama. Satu perkara yang aku ingat, masa tu lepas Solat Zohor aku malas nak naik kelas balik untuk prep petang. So aku stay surau while waiting for Asar.

Dia tengah baca Quran. Aku dtg dkt dia terus tumpang kepala dkt tempat dia bersila, aku cakap, "Miki, aku nak dengar kau baca Quran tau"

Kemudian aku terlelap. Lepastu aku bangun sbb dah nak Asar.

"Aku tau kau tido kan amy?"
"Mana kau tau pulak ni hahahaha"
"Sebab kepala kau makin lama makin berat, so dah tido lah tu ahahaha"

We both laughed. Sobss.

*teary eyes*

Itu yang aku boleh ingat setakat ni. I mean sekadar lalu hari-hari biasa tu of course. Berniaga kt MITC, stay dkt Kios sampai pukul 2 pagi, pergi ambil air dkt Blok F, macam mana dia jujur dgn aku malam tu mintak maaf sebab dia terlalu tak suka aku masa Form Three due to some ridiculous excuses :)

Nur Amirah Syakirah, seorang yang energetic, mata bulat, happy go lucky, suka ketawa, suka memimpin, suara kuat, baik, baik, baik, dan baik. Bila sebut nama dia, yang boleh aku ingat dia sangat energetic, SANGAT STRUGGLE (part ni tak boleh lawan sbb dia memang struggle) & I love her.

Kemudian kita berpisah sebab dah habis SPM. Tapi ada sikit-sikit lah contact. Selalunya aku akan ambil tahu pasal dia through one of her best friend jugak, Fatin Nadzirah Sahak. Atau ktorang panggil Tenad :)

Dia belajar Matrik Melaka, masa kat Matrik aku dengar dia perform. Alah, org mcm dia of course akan perform. Biasa kalau dah nk dkt exam mesti aku text dia, wish wish sikit lepastu tanya pointer, study apa, mcm mana semua. Semangat. Tak tahu kenapa.

Kemudian dia sambung degree di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang akuakultur tak silap aku. And kitorang macam biasa je. Sangat JARANG contact sebab contact pun bila dah nak dekat exam. Hehe. Ingat momen-momen indah, memang tak sedih sangat. Sedih, tapi tak sangat.

Aku blog pasal dia sebab aku nak ingat setiap perkara yang aku boleh ingat pasal dia. Aku taknak lupa walau sikit pun. Macam aku cakap, supaya satu masa nanti kalau aku go through this blog, aku boleh dapat sedikit pengajaran.

Sangat. Pemergian Miki bagi pengajaran, yang teramat sangat. Even now, I can still remember the 'face', the atmosphere at that time, the tears, the gloomy mood..

To be continued.

p/s : Ambil kain, lap mata tu. Habuk banyak pulak.



No comments:

Post a Comment