Monday, August 5, 2013

Tentang Ramadhan

Ramadhan dah nak habis. Bulan baik dah nak pergi. Bulan yang penuh keberkatan, yang banyak bukak peluang untuk kita sama-sama gandakan amalan dah nak balik. Kita bakal tempuh Syawal, satu lagi bulan Islam yang baik. Bulan untuk catch up dgn kawan-kawan, bulan yang menunjukkan kita menang, bulan yang bertanggungjawab memastikan ahli-ahli keluarga sesama berkumpul, makan, borak-borak & gelak ketawa.

:")

Aku berharap sgt, setiap apa amalan yang kita dah mulakan masa Ramadhan, semoga ianya dapat dipertahankan untuk dilakukan pada bulan-bulan yg lain. Ramadhan kan turning point, jd segala apa yang kita dah cuba start untuk buat pada bulan Ramadhan kali ni, semoga ianya berterusan. Kalau kita boleh konsisten Solat 2 Rakaat sebelum Subuh masa bulan Ramadhan, so kita kekalkan. Kalau kita konsisten Solat Sunat sebelum / selepas Isya, pun harap-harapnya kita kekalkan. Kalau kita ada satu tradisi yang setiap minggu kita sedekah kt masjid, harap-harapnya kita kekalkan jugak.

Entah la. Sedih sebenarnya Ramadhan dah nak tak ada. Harap-harap next year dapat jumpa lagi. Semoga ada umur. Semoga sihat. Semoga kuat & larat. Amiin.

p/s : Aku dah dapat gaji, berbaloi dgn apa yang aku kerja, (walaupun duduk jerrr) hehehe alhamdulillah untuk setiap rezeki & kesenangan. So aku dah belanja beberapa uang untuk barang idaman aku. Tak dapat aku nk jd member Shaklee. Ah, Shaklee ni supplemen. Aku mengamalkan supplemen Shaklee ni since April lagi. Hehehe.

So harap-harapnya duit Raya boleh jadi member Shaklee. Boleh beli brg Shaklee murah-murah :b



No comments:

Post a Comment